pen vs baju

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ini pergi ke Balai Polis Trafik di Alor Setar. Gi buat report tentang kemalangan adik hari tu. Sebenarnya ku agak familiar dengan balai polis tersebut, sebab pergi bayar saman perangkap halaju. hehe.

Disebabkan untuk buat report tu dua orang ja yang boleh masuk, so biarlah ayah dengan adeeb yang masuk. ku da masuk tapi polis tu suruh keluar. cis..hehe. sebab lama sangat tunggu, sifat boring pun datang. kejap tengok ikan kaloi, kejap tengok ikan keli. lepas tu sembang dengan orang-orang yang datang buat repot juga.

Tiba-tiba rasa tertarik dengan papan maklumat kat balai polis tu. ada macam-macam cerita kat situ tapi ku tertarik dengan satu perumpamaan antara sahabat dan kawan. ( ku hafal ni ). hehe

kawan ibarat pen
ia mencantikkan kita
apabila kita semat di poket baju
tapi ia juga merosakkan kita
apabila dakwatnya tumpah di baju

sahabat umpama baju
sentiasa bersama kita
melindungi kita
tidak kira hujan atau panas.

kawan memang senang dapat tetapi sahabat sangat susah. berpandukan kepada perumpamaan di atas, sebab itu ku rasa kita perlu memilih kawan. kerana ia akan mencerminkan kita.

sahabat susah didapati, sebab ia sentiasa bersama kita, melindungi kita. jikalau tidak bersama pun ia sentiasa mengingati kita. sebab itu Rasulullah mempunyai sahabat, dan dipanggil para sahabat. bukannya dipanggil para kawan. kerana para sahabat sentiasa bersama Rasulullah dan melindungi baginda.

hee.. sebenarnya nak cerita yang perumpamaan tu sahaja. maaf terlanjur menaip



sekian
wasalam

19 comments:

Freaky said...

aku ada ramai kawan tp takde sahabat :D

asnizaziz said...

hmm susah nak cari sahabat zaman skrg ni..kawan mmg ramai..

Dzarief Zuhdi said...

friend fb banyak, tapi yg kawan sikit.. kawan dah banyak, tapi yg sahabat sikit ja.. mcm tu la hidup.. :D

sergeant keroro said...

lumrah kehidupan :)

aiman said...

freaky : iye? nanti ada lah tu.. sahabat blogger? hehe

asni : a'ah..kawan memang ramai

dzarief : betul.. gi tu lah hidup.. susah nk cari sahabat..

sarjan : right.

Lia Irdelia said...

beza antara kawan, sahabat dan teman..

aimie amalina said...

berkawan lah dengan bijak! =]

sleeping_maniac90 said...

huhu cm ne nk crik shbt...

hamzah ian said...

sahabat ibarat tisu

Mohammed Faizal said...

kawan silih berganti tapi sahabaat susah dicari.....kamu dan adik eksiden ke ari tu?

deqsha said...

post ini buatkan ana berfikir apa yang x terfikir...

cik bulan said...

papan maklumat tu tulis ape??huhu..nk tahu..^^

hafrawiey ozakawa said...

teman n kawan mmg semua org ade but sahabat yg begitu sejati mmg sukar d cari kan..nice entry..

follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

Panggil aku Han said...

nak cari sahabat mmg susah..

nazira said...

Betul 2.. like perumpamaan 2.. Tapi lau bersahabat mesti ada keikhlasan.. bukan sebab advantage je..kan..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Sarah Mohd Saleh said...

sua deyhh nak cr shbt sejati skrg.sme2 susa sme2 sng...bersyukur lahh spe yg ade shbt sejati tuh ;D

Umie Artoqiemie said...

sahabat sukar dicari...sempat jugak eh kau salin kat papan maklumat tu..

fa-in said...

semat di poket baju pen yg dakwat kering biar tak tumpah..inshaAllah tak merosakkan kita. :D

Hafriz Mohamad said...

Berkawan sampai Syurga~
^^,