tegur nasihat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


ketika hendak tegur orang


ketika orang menasihati kita

diri ini berharap agar semua di kalangan kita tidak ada perasaan begini tak kira lah ketika menegur mahupun di tegur.

tegur menegur atau nasihat ini sudah menjadi sebahagian hidup manusia. malah Islam sendiri menggalakkan umatnya nasihat menasihati antara satu sama lain.

sabda Nabi Muhammad s.a.w

"Agama itu nasihat. agama itu nasihat. agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya : Kepada siapa? Jawab baginda: Kepada Allah, kepada KitabNya, kepada RasulNya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslim"
Hadis riwayat Muslim

dapat kita lihat di situ Nabi mengulangi "Agama itu nasihat". menunjukkan betapa pentingnya nasihat menasihati dalam agama Islam.

kita perlulah menerima nasihat semua orang tidak kiralah status, agama dan tahap pelajaran sekiranya nasihat yang disampaikan itu adalah benar dan baik. tidak kira lah nasihat itu dari mat rempit, penagih dadah, pengemis, pelajar kita, anak-anak kita. ketepikan ego kita. jangan mudah melenting.

"kalau kamu melihat diri kamu melakukan sesuatu yang buruk dan sudah tidak ada orang yang menegur atau menasihati kamu, maka tempat itu tidak baik untuk kamu. kamu mungkin tidak ingin mendapat mendapat teguran, tetapi orang yang menegur kamu kerap kali adalah satu-satunya orang yang memberi tahu bahawa ia masih mengasihi dan mempedulikan kamu, dan ingin melihat kamu menjadi lebih baik "
Randy Pausch

kita menegur bukan atas dasar mahu menjatuhkan maruah seseorang tetapi kerana perasaan kasih dan cinta kita terhadap mereka. sebab itu lah ibubapa, para pendidik selalu menegur kita. ini kerana mereka inginkan yang terbaik buat kita

selalunya kita manusia tidak suka mendengar teguran kerana teguran itu selalunya pahit untuk ditelan. tetapi yang kita suka dengar adalah pujian. sedangakan pujian itu sendiri boleh menghancurkan diri kita. 

jangan manis terus ditelan, pahit terus dibuang  
-bidalan-

dan sekiranya kita merasakan diri kita tidak sempurna untuk memberi nasihat. cuba kita renung kata-kata ini.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
Imam Hasan Al-Basri

didunia ini tidak akan ada orang yang mampu memberi nasihat jika semuanya perlu menjadi sempurna sebelum boleh menegur orang disekelilingnya

dan sekiranya kita cuba menegur seseorang sebenarnya kita juga telah menegur dan menasihati diri kita sendiri. ini kerana kata-kata nasihat yang kita sampaikan itu sampai terlebih dahulu ke telinga kita sebelum sampai ke telinga orang yang kita cuba tegur.

dan untuk menegur perlulah ada caranya dan hikmahnya. tidak semua yang akan ditegur mempunyai tahap pemikiran dan kedudukan yang sama. menegur pemimpin tidak sama seperti menegur kawan-kawan. menegur ibubapa tidak seperti menegur adik-beradik. semuanya mempunyai cara dan saluran masing. yang penting adalah niat kita. kerana Allah.

sesungguhnya rugilah orang yang tidak menasihati dan juga tidak mahu menerima nasihat

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar."
Surah al-'Asr
akhir sekali jom kita tengok lagu ini. saya suka betul lagu ini. banyak maknanya.

jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana ia bisa meracunmu

dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

jangan kau dengar pusi dusta
kerana ia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini

jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai anai
lambat laun hancurlah dirimu

-bukan kerana nama-
-Ramli Sarip-


renung-renungkan dan selamat beramal

^_^


p/s : banyak pula tulis pagi ini. salah silap mohon tegur. hanya insan lemah.

28 comments:

farah hanim said...

nice entry
bermanfaat :)
folo sini jap ye

wan azie said...

gud job aiman......sgt2 stuju =)

Liefde Ain said...

nice entry senior aiman :)

aimie amalina said...

waaa..
mang sungguh banyak..

kikiki..tapi pengajaran yg baek..tanpa teguran..diri akan bengkok dan bengkok =)

Mohammed Faizal said...

walaikumsalam....
aku pun kadang-kadang memikiran macam mana nak tegur menegur...tapi pening memikirkan apa akibat kalau dah menegur...aku hanya mampu berdoa sahaja..

sergeant keroro said...

terbaik!!

manusia semua sama, semua boleh menegur, sebab tak semua manusia itu sempurna XD

syarifahsidrus said...

nice!

nak tunggu alim ulama tegur, tak taula sampai bila, itu pun belum tentu terima, tak salah tegur sesama manusia, tu kan tanggungjawab dakwah namanya

Anyyss Shuhaimi said...

kena tegur gak..sampai bila nak tunggu sampai diri kita betul2 sempurna,baru nak tegur?

sakurasue said...

setuju! jangan takot utk menegur bcoz nobody is perfect,tp jgn smbg menerima teguran pula. :)

Suhaili Sarif said...

entry yg sgt bernas ulasannya...
akak paling seram nak tegur org.hehe

aiman,akak bakal jiran baru awak menggantikan gula-gulapelangi aka iffah afeefah tu sebab kes ralat
salam kenal dari akak dik :)
mintak tunjuk ajar if akak ada salah silap ya

Freaky said...

betol tu. kalau nak tunggu sempurna baru bole nasihat, memang sampai bila x de org nak nasihat dan tegur

asnizaziz said...

orang yang selalu memarahi, menasihati bukan tanda benci, tapi tanda sayang :)

solomolo said...

yang penting nawaitu kita tu baik...
[^_^]

Nur Afiqka said...

lagu ramli sarip kan tu???best2...hehehe~

Diary oF Mine said...

setuju ngn kamu... :)
jangan cepat melenting kalau orang tegur kita....
xda siapa yang sempurna kan.. :)

Suhaili Sarif said...

aiman ...
http://suhailisarif.com/2011/08/musuh-baru-eh-jiran-baru-saya/

kita berjiran :)

stuck said...

betul...xsalah tegur menegur...tpi perlu kena...mean,kena ade cara yg baik...nice entry..=D

mawarseri said...

kdg ada org rasa diri dia bagussss....tapi kebanyakkan bagus di pandangan manusia lain tidak padaNYA......****wpun aqak dah tua...adik2 leh tegur yer...cara berkhemah...cewahh...teruskan menyampaikan sesuatu yg manfaat buat semua ya aiman...

misspurple said...

betoi3 !

GaRy™ said...

betoi3... kekadang susah nak terima nasihat orang sebab tak kena cara & x berhikmah langsung..
tapi memang rugi kalau tak menasihat dan menerima nasihat.. macam ustaz kat skola aq cakap, "jangan nilai orang yang memberi nasihat tuh, nilai nasihat tuh; bagus ke tak".. hmmm... tapi biasa la kita manusia, ego menebal.. huhu...

moshi_boo said...

sngt stuju...good entry..
biasa mnusia..suma nk menang jew

~CiK TiNieY~ said...

cara menegur tu kena berhikmah...kadang2 pada mulanya yang ditegur mungkin terasa hati tapi insyaAllah berkat teguran berhikmah,dia akan berubah...:)

Iffah Afeefah said...

nak tegur kenela berhemah hehe


erk bekas jiran tak jadi..kalau ley tukala komen box jd pop up..sng nk komen tau=)

[sutera kasih] said...

ini kerana kata-kata nasihat yang kita sampaikan itu sampai terlebih dahulu ke telinga kita sebelum sampai ke telinga orang yang kita cuba tegur.

suka kata-kata di atas..

Etong said...

setuju 250% hehe. menegur ke arah kebaikan itu sesuatu yg baik, jika betul caranya :) biar tiap2 pihak mendapat kebaikan :)

man said...

klu nak tegur 2 kena pilih ms..dan hormati orang yang nak ditegur 2

Luqeem™ said...

betul2, sama2 kita peringatkan diri. teguran bukan bermakna kita sempurna. itu hanyalah nasihat untuk kebaikan bersama.

Ini Kisah Tia said...

serius .. kalau nak tunggu diri kita sempurna dulu baru nak tegur orang , alamatnya susah lah .. sampai bila pun tak tegur punya . kan dah namanya saling tegur menegur ..