bila tiada batasan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


salam Ramadhan kawan-kawan,
rakan taulan,
ada kisah hendak diceritakan,
moga dapat dijadikan pengajaran,
kisah hidup satu pasangan,
bertemu di pusat pengajian,
ada juga di tempat perkerjaan,
melalui pandangan,
hati berkenan,
mulalah babak perkenalan,
sms menjadi pengerat hubungan,
papa mama menjadi panggilan
"awak dah makan?"
hari-hari menjadi soalan,
bila rindu mula membebankan,
nafsu inginkan perjumpaan,
bertemu di pondok taman,
di malam tanpa bulan,
lampu pula tak da karan,
memang jawapannya dalam kegelapan,
bila berdua-duaan,
nafsu pun menjemput syaitan,
mula adegan ringan-ringan,
cumbu-cumbuan,
akhirnya zina menjadi perbuatan,
bila cukup 9 bulan,
anak haram dilahirkan,
untuk menutup malu kalian,
anak itu dihumban,
dalam tong sampah berdekatan,
menjadi makanan anjing berkeliaran,
apakah anak itu melakukan kesalahan?
tidakkah anda kasihan?
tiadakah perikemanusiaan?
syaitan ketawa kepuasan,
meraikan kemenangan,
anak adam telah berjaya disesatkan,
inilah akibat bila bercinta tiada batasan,
nafsu menjadi ikutan,
ditambah pengaruh sang syaitan,
wahai kawan kawan,
cinta itu fitrah kejadian,
tidak salah selagi mengikut aturan Tuhan,
menjaga batasan pergaulan,
mengikut budaya ketimuran,
wahai kawan-kawan,
ambillah pengajaran,
sebelum berakhir dengan penyesalan,
aku bukanlah yang terbaik dikalangan kalian,
untuk memberikan teguran,
ku juga sering melakukan kesalahan,
tapi ini sekadar renungan,
sesama kita yang bergelar insan,
sekian.


comel jer

wasalam

p/s : mula-mula ingat nak buat spontaneous thursday. tp terpanjang pulak. tak jadi lah. mood nak bersastera.

22 comments:

Etong said...

nice entry man..minta2 masing2 di jauhkan ya man.. :)

NadiRah said...

harap dijauhkn drp yg mungkar...

Umie Artoqiemie said...

semua “n” dibelakang.. santek !

syaitan tak abes2..

Luqeem™ said...

bila syaitan menjadi dalang, smua amalan terkorban,
bila nafsu menjadi ikutan, segala benda dijadikan panduan..

:)

asnizaziz said...

disebabkan 2 org manusia yg melakukan kesilapan, insan berdosa yg menjadi korban T______T

Nur Afiqka said...

terbaik la aiman....insaf sekejap....hehehe~

ain azmi said...

NICE ONE. suka

Miera Aziz said...

Wah!

Sangat menarik!!! :D
Suka this entry!

Liefde Ain said...

Terbaekkk! :)

Freaky said...

thanx peringatan ni. tersentap sbb aku tgh bercinta. hahahaha

wan azie said...

cinta sebelum akad tu ta slh selagi sggup membutakan mata, membutakan hati dan memekakkan telinga....


ssh kan.....skali menegur diri sendiri...


nice aiman =)

syarifahsidrus said...

pandai...

betul,kalau bercinta pun, elakkan untuk berjumpa..tu yang terbaik..

sleeping_maniac90 said...

best!!!..
hehehe..

GaRy™ said...

aq memang pantang sungguh kes2 buang anak ni.. sengal la mereka!!!

Cik Ca'ah said...

tetiba plak lampu takdak karan kan
haih syaiton syaiton!

sakurasue said...

wow! really nice :)

Suhaili Sarif said...

masyaALLAH adik jiran
sangat bagus!!
semua masalah umat lum sum dlm entry ni
syukran dik :)

twinkeenabilah said...

Amar makruf Nahi mungkar.
Bukan takat bulan puasa je kan ? :)
Mintak-mintak dijauhkan, Amin

Iffah Afeefah said...

betol2

bahye

Ini Kisah Tia said...

SUKA ENTRI NI .. ringkas , padat dan meseg yang nak disampaikan pun dapat difahami :)

fa-in said...

ini lah realiti anak2 muda zaman sekarang.
wah ini buat sendiri ke..nxt time buat lah lg,best.

Anyyss Shuhaimi said...

moga dijauhkan..:(