bila mati..

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

hari jumaat lepas. salah seorang saudara saya di kelantan telah meninggal dunia. beliau meninggal dunia akibat mempunyai penyakit jantung dan juga darah tinggi. lebih kurang pukul 3.30 ptg begitu beliau meninggalkan dunia.

jadi saya dan keluarga bertolak ke sana lepas berbuka puasa dan solat maghrib. dalam pukul 9.00 begitu kami bertolak. dan tiba di sana dalam pukul 1.30 gitu. tetapi kami tidak sempat menatap arwah buat kali terakhir kerana jenazah selamat dikebumikan pada pukul 11 malam. jadi kami hanya berjumpa keluarga beliau pada pagi itu juga iaitu sebaik tiba. kemudian pagi esoknya, terus pulang ke kedah. letih. krem otak. pergi balik ke kelantan memang letih. sakit kepala.

sesungguhnya kita semua akan mati. sedarkah kita yang semakin bertambah umur kita semakin dekat kita mati. tetapi kita tak tahu bila kita akan mati, di mana kita mati, dan bagaimana kita mati. jadi kita semua kenalah bersedia menghadapi mati.

sediakah kita untuk menjawab 'soalan bocor' yang ditanyakan malaikat di dalam kubur nanti. kalau rasa nak bawa jawapan masa mati nanti pun boleh. tulis kat tangan. tapi confirm kah kita dapat jawab ?

sesungguhnya orang yang bijak ialah orang yang sentiasa ingatkan mati.

 jom jadi orang bijak.

bila kita mati nanti tiada apa pun di dunia ini yang kita bawa ke kubur.
Isteri yang cantik menjadi balu
harta menjadi rebutan penduduk dunia
jawatan diambil orang lain

yang di bawa hanyalah

doa anak-anak yang soleh
ilmu yang kita sampaikan
amal jariah yang kita sedekahkan
-hadis-

jadi marilah kita perbanyakkan amal ibadat kita. lagi-lagi bulan ramadhan ini. jom kita ambil kesempatan.

dan akhir sekali
sama-samalah kita mendoakan
moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh
lita juga mesti selalu juga mendoakan kepada 
ibu bapa, kaum keluarga dan seluruh umat Islam
al-fatihah

yang baik dari Allah dan yang tak baik dari saya
salam

nota : kalau ada apa2 kesalahan silalah tegur. saya akan ubah (edit balik).

25 comments:

asnizaziz said...

takziah ya..mati itu pasti, kita memang selalu diingatkan utk selalu persiapkan diri..

aiman said...

betul.. kekadang kita lupa. kena selalu diingatkan..

Etong said...

takziah aiman..

sergeant keroro said...

kematian itu pasti, dan kita harus saling mengingati :)

aimie amalina said...

mati..
24 jam kene ingat tuh!
wajibul ghunnah =)

Mohammed Faizal said...

setiap ysng hidup pasti akan merasai mati...dan setiap yang mati pasti akan merempuh bazakh

sakurasue said...

takziah.. mati tu pasti.. tu yg selalu kita lupe..

Cik Ca'ah said...

takziah ya. kita yang hidup ni perlu menghargai peluang yang Allah bagi,kukuhkan 'saham' kita untuk akhirat kelak :)

aiman said...

etong : terima kasih..

sarjan : betul betul

aimie : hehe.. wajib..

aiman said...

faizal : jd bersedialah kita

sakura : terima kasih.. betul..

cik ca'ah : terima kasih.. kena byk2 minta ampun..

Hamba Ilahi said...

salam, abang tuan.

terima kasih sebab selalu singgah.

nanti ana update masuk dalam bloglist..

hehe

semoga berbekal dengan,

anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan
ilmu yang bermanfaat.(disampaikan)
amal jariah yang kita sedekahkan

aiman said...

wasalam adik naimul..

ana singgah sahaja..

InsyaAllah..

sleeping_maniac90 said...

takziah..
bile pkr psl mati nih agk mnakutkan.
ye la , amalan pun x bnyk..
so kne la bnykkn amln smntara msih hdup nih..

QaSaSu BeLLa said...

takziah man

GaRy™ said...

takziah yer~..
betul tuh... kita perlu sentiasa ingat mati... dunia jambatan akhirat.. insyaallah...

aiman said...

sleeping : betul.. setuju sangat

bella : thanks

gary : terima kasih.. kena ingat sokmo..

Iffah Afeefah said...

erm kematian bila2 ley jadi


cume adekah kite sedia nk hdpinya

so cmne jiran? bile nk letak feed? ada fb? meh add iffah afeefah II

aiman said...

betul tu..

ye jiran baru.. jap nanti sy letak.. fb ada.. nnt den cari..

Luqeem™ said...

kematian mmg dekat dengan kita, byangkan 2 jari bila berdekatan, itulah dekatnya mati..

aiman said...

betul.. so beringat lah sokmo..

syarifahsidrus said...

al fatihah..
mati itu pasti, hidup insyaallah

Dzarief Zuhdi said...

innalillah... takziah ya aiman..
al fatihah..

aiman said...

syarifah : terima kasih.. betul tu.. kita entahkan bila?

dzarief : terima kasih dzarief..

misspurple said...

takziah..erm,setiap yg hidup pasti akan menemui mati..sume orang pasti menemui hari mati tapi x sume mnemui hari tua :)

aiman said...

betul tu.. terima kasih.. :)