malam pertama ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

indah permandangan
melihat masjid
terang bergemerlapan
menyambut ketibaan
bulan ramadhan
rakan-rakan sahabat taulan
jiran-jiran kenalan-kenalan
semuanya seiring dan sejalan
ingin menunaikan
ibadah yang mulia
dengan hati yang ikhlas
ingin mendapat keredhaannya
kanak-kanak gembira
yang remaja ceria
dan yang tua bahagia
berkumpul bersama
di rumah-Nya
dengan harapan di dada
mengharapkan yang terbaik
agar nanti
tidak disesali pemergiannya
kepada semua
selamat menyambut 
Ramadhan al-Mubarak

nota : camana leh terasa nak bersajak..haha..

sebenarnya.. malam tadi.. tadi.. pergi solat Tarawih. Seronok rasa tengok ramai orang. yang wanita nya serba putih. yang lelaki pula segak berkopiah. mesti rasa best dan terharu tengok sambutan masyarakat di kampung ini. dan saya berharap, agar semangat ini boleh di bawa hingga ke akhir Ramadhan. ini juga pesanan untuk diri saya sendiri. tak mo lagi hangat-hangat tahi ayam.

tadi tok imam menasihatkan banyak perkara seperti niat puasa. saya baru tahu yang niat secara sebulan terus adalah mengikut Imam Maliki. Bukan apa, ini sebagai spare bimbang-bimbang kita terlupa untuk niat puasa yang tiap-tiap hari tu.

Tok Imam  menceritakan tentang kepentingan menjaga saf. Agar tidak putus. penuhi saf yang hadapan dahulu. Tok Imam juga menceritakan tentang bulan ramadhan ini di mana permulaanya adalah Rahmat, pertengahannya adalah Pengampunan dan akhirnya adalah dijauhkan daripada api neraka.

dan kepada semua selamat menjalani ibadah puasa ( dah banyak kali wish dah sebenarnya).

notakaki : hepi, excited, macam-macam perasaan ada..suka bulan puasa.

22 comments:

Etong said...

selamat berpuasa aimann :) jgn eskep2 pakcik :p

aiman said...

hehe.. tak2.. same goes to you.. selamat berpuasa juga :)

sergeant keroro said...

hehe, mula-mula beselah ramai.

lepas tu?

hehe XD

p/s : selamat berpuasa :)

aiman said...

haha.. tu la.. harap aku tak camtu tahun ni.

Nur Afiqka said...

selamat berpose....semoge ramadhan kali ni mdpt keberkatan =)

Dzarief Zuhdi said...

pergh sajak bagai.. haha..
bila ko nak jadi imam plak.. wakaka

aiman said...

@afiqka : =)

@dzarief zuhdi : bila-bila pun boleh.. InsyaAllah..

nurul cHempaka said...

selamat brpose aiman!nice poem!:)

aiman said...

nurul chempaka : selamat berpuasa jugak.. sy merepek jer tu..

wan azie said...

aiman....da blh start wat lirik lagu raya da tu....hehehe..btw, slmt berpose gak...moga2 ada barakah d sblik bln y mulia ni...insyaAllah =)

Cik Ca'ah said...

moga2 Ramadhan tahun ni lebih bermakna. selamat berpuasa :)

aiman said...

azie : itu la.. da boleh dah tu..

ca'ah : InsyaAllah..

Mr. Uzair said...

selamat berpuasa jugak aiman. haha.

aiman said...

selamat berpuasa mr. uzair.. haha

syarifahsidrus said...

moga kemeriahan ramadan tu tetap sampai ke akhirnya...

aiman said...

InsyaAllah.. kita la yang kena meriahkan~

Ini Kisah Tia said...

Tia selalu ingat pesanan tu dari ustazah Tia .. hehe :)

aiman said...

hehe.. pesanan2 ni semua orang dah pesan.. :)

Sunah Sakura said...

aha..masa buat entri eh ustazah hari tu pun jumpa yang niat puasa sebulan tu dari imam malik..

aiman said...

ooh.. hehe.. kita nak bertaklid pun kena ada pengetahuan iya dak.. tak boleh main ikut jer.. :)

Hamba Ilahi said...

insyaAllah..
semoga Allah menerima amalan kita wahai tuan..

:)

aiman said...

InsyaAllah..

long time no see.. dah besaq dah.. :)