kena saman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

hehe.. hari ini pergi pasar besar kat Seberang Perak.. ramai betul orang.. sampai sesak-sesak jalan.. polis pun ramai, macam pesta polis pun ada.. sibuk betul dorang menyaman orang-orang yang letak kereta ikut suka hati.. orang yang letak kereta ikut suka hati ini la yang buat jalan jem.. sempit habis jalan-jalan.. padahal banyak ja lagi tempat parking dalam tu..

aku disebabkan minggu lepas ada mimpi kena saman dengan polis.. jadi segar dalam ingatan.. so tak da lah parking rata-rata.. dan tak kena lah saman.. tak mau dah bayar saman-saman ni.. cukup lah 3 kali (semuanya speedtrap)..

kepada yang kena saman, jangan marahkan polis, mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. dan polis ini selalunya tidak saman orang yang tidak buat salah. so kira ini sebagai pengajaran lah untuk mereka-mereka yang suka-suka langgar itu peraturan..tapi ada juag istilah 'tak makan saman'. ini tak tahu la nak cakap macam mana. mungkin berwang, berkuasa atau berpengaruh (ada kabel)..

kan Allah dah berfirman :

"Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu"

jadi kita kena lah ikut arahan selagi mana arahan itu tidak melanggar hukum syara' dan juga tidak membawa keburukan kepada orang sekelilingnya.

cuba kita tengok. orang buat salah kena saman. begitu juga orang buat dosa, kena balasannya juga.

akhir sekali kalau nak buat apa-apa tu. fikir dulu mana baik mana buruk. jangan kalut sangat.

ikut rasa binasa
ikut hati mati

18 comments:

sergeant keroro said...

ingat ke kena saman betul-betul.

hehe, kena beringat XD

aiman said...

sarjan.. dah selalu kena dah.. di utm berhadapan dengan guard, di jalan dengan polis, di kolej dengan pengetua dan felo2.. hehe

Mohammed Faizal said...

kene saman pun cool lagi...terbaik

Freaky said...

biasa la tu kena saman polis. bawak rilek je. hahaha :D

aiman said...

@faizal : cool lah.. melayang duit..

@freaky : diri rilek jer.. duit dalam poket tu yang tak rilek tu.. haha

Solihin Zubir said...

haha.. jaga2.. dekat2 raya ni polis nk cari duit raya.. heheh..

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhu..teringat kenangan 1st time kena saman..
kant0i speed trap..
padahal baru dapat lesen

aiman said...

solihin : haha.. tu la masing2 cari duit..

qamarguyz : sy 1st time kena saman lepas seminggu dpt lesen kompeten.. dua saman dlm sehari.. satu pakai surat, satu lg pakai tahan..

GaRy™ said...

uih.. speedtrap??... ko bawak brape bro?... hahaha... mantap la!! XD

aiman said...

hehe,, slow jer pun.. 86km/j..

Dzarief Zuhdi said...

jangan marah.. terima la saman tu dengan hati yang gembira. kerna duit saman itu akan digunakan untuk memajukan negara.. insyaAllah..

salam ramadhan man..

aiman said...

hehe.. InsyaAllah.. salam ramadhan jugak dzarief zuhdi..

zarulfarhana said...

gram kdg2 tue ngan polis nie....org xda duit la nk byr saman..hhhuhhuh...


pasar tue msa dok area sna dok p gak...

aimie amalina said...

haiiiit!
kene dgr ckp nih...heheheh =)

aiman said...

hehe.. jangan geram kat dia.. sian dia.. oh dok pi jugak.. sy pun kadang2 ja pi situ..

aiman said...

aimie : hahaha.. mmg kene dengar..

syarifahsidrus said...

polis tu jalankan tanggungjawab je kan..tak payah nak marah2, silap diri sendiri la kalau kena saman tu..huu

aiman said...

betul.. takkan polis nak menyaman yang tak bersalah..