jangan dengar sangat cakap orang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..
Terdapat suatu kissah


Pada suatu masa dahulu terdapat sekumpulan katak-katak kecil. Mereka mengadakan satu pertandingan lumba lari. Cabaran dia adalah menawan puncak satu menara yang sangat tinggi. Maka pada hari yang ditetapkan pun tiba. Katak-katak sekalian pun berkumpul di bawah menara tersebut untuk memmulakan pertandingan. Suasana sungguh meriah dengan penyokong-penyokong dan juga peniaga-peniaga gerai. 


maka pelepas pun mengira " 1, 2....3!!! bermula lah pertandingan lumba lari tadi walaupun katak sebenarnya melompat.


secara jujurnya tiada seekor pun dikalangan ramai-ramai katak tadi yang percaya bahawa katak-katak kecil itu boleh sampai di puncak menara. kedengaran kata-kata tidak sedap,


"oooh, susah sangat ini"


"aku berani bet tak ada seekor pun sampai"


maka seekor demi seekor katak tadi jatuh tak berdaya. kecuali yang masih mampu mengekalkan rentak, mereka terus panjat makin tinggi dan makin tinggi. Tetapi kumpulan-kumpulan katak di bawah terus menjerit "susah tu, mana diorang mampu". Jadi makin ramai katak yang jatuh, mengaku kalah. Kecuali seekor katak yang masih meneruskan perjuangan. Dia langsung tidak berputus asa. ketika mana katak-katak lain telah menyerah kalah, katak tadi masih juga terus melompat dan melompat. Akhirnya atas usaha kerasnya, dia berjaya juga menawan puncak menara tadi. 


Kemudian ketika katak tadi turun, semua katak-katak lain pergi mengerumuninya dengan perasaan ingin tahu bagaimana katak tadi boleh sampai ke atas.


salah seekor kata bertanya kepada katak tadi bagaimana dia mampu melakukannya..tetapi katak tadi tidak berkata apa-apa.. mereka bertanya lagi tetapi masih juga tidak berjawab. Rupa-rupanya katak tadi PEKAK. 


kesimpulan daripada cerita ini :


jangan dengar kepada pendapat-pendapat orang yang negatif. Sebab mereka akan merampas cita-cita kita. Ingatlah bahwa kata-kata mempunyai keajaibannya sendiri. kerana setiap kali kita baca dan kita dengar ianya akan mempengaruhi tindakan kita. jadi, sentiasalah positif.


jadi..pekakkan telinga jika ada yang mengatakan anda tidak mampu melunaskan mimpi anda dan selalu berfikir yang Allah sentiasa bersama anda


" Allah tidak pernah berjanji yang hidup ini sentiasa senang.
.Tetapi Allah berjanji akan selalu bersama tak kira susah atau senang"




nota kaki : sebenarnya diri ini sangat takut dengan katak..hehe..

8 comments:

Etong said...

ok, x dengar lg :)

aiman said...

hehe.. jgn dengar yg negatif. tp dengar yg positif..

mizz_aainaa said...

tapi.. even kita pekakkan telinga..
msti da juga kadang2 kita terrrrmakan juga dgn apa yg diperkatakan..
susah bukan nak pekakkan telinga begitu shja.. :)

aiman said...

aah.. mesti termakan jugak sikit2.. itu yg susah tu..

Mohammed Faizal said...

setuju sangat, katak yang pekak badak...ok pas ni pun aku nak pekakkan telinga, wahai manusia yang lain berhentilah memutuskan harapan aku...haha

aiman said...

hahaha.. jangan dengar sangat cakap orang.. tapi kena lah dengar jugak sikit-sikit..

syarifahsidrus said...

keroro, ahahaa

dulu masa sekolah cikgu selalu tunjuk video cerita ni, nak bagi semangat :)

aiman said...

ye..? memang best pun cerita dia.. byk pengajaran..