DUIT dan KEJAYAAN




assalamualaikum.. pertama sekali minta maaf kalau yang ingat duit ini duit di bawah..tetapi DUIT di atas boleh menghasilkan duit di bawah dengan izin Allah.


sebenarnya yang nak di kongsi di sini adalah petua kejayaan. walaupun diri sendiri pun tak ada lah berjaya sangat. mungkin ramai yang dah tahu pasal petua kejayaan ini. petua ini dapat pun masa sekolah menengah dulu..hehe.


DOA

doa adalah senjata orang mu'min

doa menpunyai seribu rahsia dan pelbagai fadhilat

sabda Nabi Muhammad " Doa itu adalah ibadat seluruhnya "

Bagi mereka yang tidak mahu berdoa, al-Quran menyifatkan mereka sebagai golongan yang angkuh dan sombong. Ia menepati ayat 60 surah Ghafir yang bermaksud:

 “Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang yanag menyombongkan diri dari berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”


USAHA

kalau hendak berjaya kenalah berusaha bersungguh-sungguh.

pepatah arab ada mengatakan "siapa yang berusaha, dia yang dapat", "siapa yang tanam, dia lah yang dapat tuaiannya'

begitu juga pepatah Melayu " kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"


IKHTIAR

ikhtiar adalah kita berfikir jalan untuk berjaya. merangka strategi dan sebagainya.


TAWAKKAL

tawakkal adalah berserah kepada Allah.

tawakkal tidak sama dengan pasrah.

tawakkal adalah berserah kepada Allah selepas berusaha, berdoa dan berikhtiar.

jika tidak seperti yang kita kehendaki terjadi, mesti ada hikmahnya.


mari renungkan dan selamat beramal.

^_^

8 comments:

sergeant keroro said...

usaha itu penting, hasilnya kemudian :)

aiman said...

betul-betul.. usaha dulu..

sakura_sue said...

renungan yg berguna.. like! :)

aiman said...

hehe.. sama2 kita kongsi~

GaRy™ said...

yup... tawakal yang terakhir... sebelum tuh kena usaha sehabis baik dulu...
gary follow cne yer~.. =)

aiman said...

betul kena usaha habis dulu.. kalau tak usaha namanya pasrah.. terima kasih en.gary..

zarulfarhana said...

bagus info...

aiman said...

terima kasih..