berfikir sejenak - mengenal seseorang.


jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa

jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia

jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah pada kelakuan dia

jika hendak mengenal orang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu

jika hendak mengenal orang berakal
di dalam dunia mengambil bekal

jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

-Raja Ali Haji-

11 comments:

aimie amalina said...

suke!
suke dengan ini!

aiman said...

suka jugak~

FasiHaH SupiaN said...

sebenarnya garis panduan ada..cuma kita sahaja nak ikut atau tidak....

aiman said...

betul.. kita yang kena tentukan sendiri.. mana kita mau pergi.. apa kita mau jadi.. kan..

Mohammed Faizal said...

terbaik....hikayat ni boleh dijadikan garis panduan yang beguna nanti ...suka petikan yang ke-5 tu.

Cik Sara said...

Mari mengenal diri sendiri sebelum kita mengenal orang lain.. Yeay!

Syazwani Amira said...

betol 2, sy setuju :)

aiman said...

@ faizal : tu la.. org dulu-dulu punya bahasa..

@cik sara : betul tu

@syazwani : :)

sakura_sue said...

kalau nk kenal aiman,
dtglh A.i.m.a.n.K.e.s.a.h :)

GaRy™ said...

suka yang last!.. hehe... nak tengok perangai orang tuh kena tengok pergaulan dia ngan orang lain dulu... then kita boleh nilai.. =)

aiman said...

@sakura_sue : InsyaAllah..

@Gary : betul-betul..