aku dan warna :)


assalamualaikum.. lama dah tak update ini blog.. hampir seminggu.. sebab "KERING"...
ini malam ku nak cakap pasal warna-warna yang ada dalam hidup aku.. cakap pasal warna ni sebab la ni kalut dengan satu isu warna tu.. haha..

hijau

keluarga ku di sebelah sana kebanyakkannya hijau..
aku suka hijau bila aku trekking dalam hutan.. tenang..
CPU aku warna hijau..
padi kat belakang rumah sekarang warna hijau..
team Kedah pakai warna hijau..
dalam angry bird..aku tak suka oink-oink hijau..
cat dalam rumah aku warna hijau.. hijau muda, tua, remaja, kanak-kanak..
theme wallpaper destop ni pun warna hijau..
meja makan rumah aku pun warna hijau..
selimut aku pun kaler hijau..

merah

cadar dalam bilik aku ni warna merah jambu...haha
team bola yang aku minat warna merah..(manchester united dan kelantan)
tapi ada juga team bola yang aku kurang minat berwarna merah.. (arsenal..liverpool)..
aku pun sekarang pakai baju kaler merah..
external hardisk warna merah.. jenama hitachi..hehe..
kemudian berus gigi... warna merah jugak..
aku tak suka tengok orang bibir terlebih merah..
aku kalau mengantuk mata naik merah..
beg utm pun warna merah..dapat time minggu haluan mahasiswa..
terlupa pulak.. aku penah dok rumah sukan usamah(warna merah) masa sek men.
aku dulu silat pun sampai tali pinggang merah jugak..
suka tengok patrick si merah jambu..

biru

aku suka biru bila dok menghadap laut.. best ja rasa..
aku tak suka team bola kaler biru..( city n chelsea )
kebanyakkan adik beradik sebelah sini warna biru..
aku penah dok rumah sukan warna biru masa sekolah rendah..
hanset yang aku pakai sekarang adalah biru..
aku kurang suka biru(air) sebab tak pandai berenang..
aku suka air biru (aiskrim soda)..

kuning

kuning ni warna di raja..
aku ada tuala warna kuning..
isu warna kuning sekarang buat den pening..
den tak pernah kena demam kuning..
aku suka makan benda yang berwarna kuning.. pisang, kari, gulai..
aku ada angry bird warna kuning.. adik bagi..
aku selalu terlanggar lampu kuning...
suka tengok spongebob.. kan dia warna kuning..

putih

aku suka jugak putih.. bersih..
masa sekolah maahad dulu.. baju dengan seluar warna putih..
kereta myvi kat rumah pun warna putih..
suka tengok sinchan dan si putih..
aku suka makan nasi putih..
aku kecik2 dulu xsuka minum susu..
aku kecik2 dulu putih melepak.. macam mana besar2 ni jadi sebaliknya,,
aku suka orang berkulit putih.. cam korea tu..
ku suka orang yang hatinya putih bersih..cewah..
ku pakai kopiah warna putih..
teringin nak main salji..

hitam

aku suka hitam bila waktu malam.. sangat tenang..
rambut aku warna hitam..
aku ada banyak baju warna hitam.. 
mak pun dah tak bagi beli baju warna hitam..
kulit ku makin hitam.. entah lah kenapa..
komputer den warna hitam..
aku penah pakai kasut hitam time sekolah rendah setahun ja..
aku tak pernah di senarai hitamkan kot dalam apa2 benda..
aku nak buang tompok2 hitam dalam hati aku..
warna baju silat aku dulu warna hitam jugak..

sebenarnya banyak lagi warna dalam hidup aku.. nak cakap satu satu macam banyak sangat,, kira ini macam warna major la.. entry ini ditulis dalam keadaan nak merapu.. maaf..

3 comments:

cikida.nurul said...

warna itu pelengkap hidup yang sebenarnya mencipta senyuman dan ketenangan.

aiman said...

yes.. right..hehe

♛ dja sukhri said...

suka warna putih.


eh jap, ada yang menarik kat warna merah. arsenal. hehe..